Bagi tahun 2025 e-UKCG dijalankan secara dalam talian melalui pautan
ukcg.moe.gov.my pada 24 Februari 2025. Calon boleh menyemak status panggilan e-UKCG pada 21 Februari 2025 di pautan
apps.matrik.edu.my/sltppm
Calon yang layak menduduki e-UKCG perlu mendaftar kata laluan melalui
ukcg.moe.gov.my/matrik bermula jam 3.00 petang.
Panggilan temu duga boleh disemak secara dalam talian melalui
ukcg.moe.gov.my/matrik pada 6 Mac 2025. Hanya calon yang lulus e-UKCG & UKF sahaja yang akan dipanggil untuk temu duga.